KEMPEN SEKOLAH


KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS DENGAN MEMBALUT BUKU TEKS 

1. Jangka Masa           :       Jan Hingga Mac
2. Kumpulan Sasaran  :       Semua Pelajar
3. Matlamat                 :       Mewujudkan Warga Penyayang Smkb Terhadap Buku Teks Untuk                                                         Memanjangkant Tempoh Hayat Penggunaan.
4. Sasaran/Pencapaian : 
                                       A) Mencatat/ Menulis Nama Pelajar, Tahun Peminjaman & Kelas Pada                                                       Yang Disediakan Dalam Buku Teks.
                                       B) Semua Buku Teks Berbalut.
5. Operasi :
"Sport Check" Oleh Unit Spbt Akan Dijalankan Dari Semasa Ke Semasa Sepanjang Kempen Itu Berjalan. Buku Teks Pelajar Yang Tidak Dibalut Dan Ditinggalkan Merata-Rata Tempat Akan Didenda.




PROGRAM JOM KE SEKOLAH

 Dirasmikan oleh :
DSP HJ. Ahmad Jawila
Ketua Polis Daerah Keningau.

Tarikh : 15 FEB 2017
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan SMK. Bingkor Keningau.



PENGENALAN
Program Jom Ke Sekolah Adalah Merupakan Program Kolaboratif Antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Dalam Usaha Menangani Permasalahan Disiplin Dan Salah Laku Murid. Pengelibatan Pihak Polis Dalam Kawasan Sekolah Adalah Melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Di Semua Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

RASIONAL

Komitmen Antara Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Melalui Peranan Sekolah Dan Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Membuktikan Keberkesanan Kedua-Dua Pihak Dalam Usaha Penguatkuasaan Undang-Undang Dan Mencegah Salah Laku Dalam Kalangan Murid. Jalinan Yang Mantap Antara Kedua-Dua Pihak Dapat Memastikan Risiko Salah Laku Dalam Kalangan Murid Semakin Menurun Selaras Dengan Konsep Sekolah Selamat Dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran Pps Melalui Program Jom Ke Sekolah Pada Awal Persekolahan 2017 Ini Diharapkan Menjadi Medan Ke Arah Membentuk Sahsiah Diri Murid Yang Lebih Positif.

No comments: