SEJARAH SEKOLAH

        Sekolah Menengah Kebangsaan Bingkor terletak di Pekan Bingkor.Jaraknya dari Pekan Keningau kira-kira 8 KM.Lokasi ini sangat strategik kerana terletak di tengah kampung-kampung sekitar Pekan Bingkor. SMK Bingkor ditubuhkan pada tahun 1967.Idea penubuhannya adalah hasil daripada permintaan pemimpin dan masyarakat kawasan Bingkor. sebelum itu,pelajar-pelajar sekolah di Bingkor akan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di SM. ST. Francis Xavier,keningau.Oleh hal yang demikian ramai pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah disebabkan masalah-masalah yang tertentu.Antara masalah tersebut ialah ketiadaan pengangkutan ke sekolah dan tempat menginap di Pekan serta ketidakmampuan kewangan ibu bapa.Hanya orang yang berkemampuan sahaja yang dapat menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah.

         Pada tahun 1967,Jabatan Pelajaran Sabah telah meluluskan penubuhan sebuah sekolah menengah di Pekan Bingkor.Sekolah ini dikenali sebagai 'Goverment Junior Secondary School(GJSS).Sebuah bangunan sekolah didirikan berdinding papan,beratap zink dan berlantaikan simen yang mengandungi 2 buah kelas dan sebuah pejabat guru.Kumpulan pertama yang memasuki sekolah ini adalah seramai 66 orang.Pada tahun-tahun berikutnya apabila bilangan pelajar meningkat,mereka menumpang belajar di Sekolah Rendah Kerajaan Bingkor.Bahasa penghantar yang digunakan ialah Bahasa Inggeris. 

         Pelajar-pelajar dari SRK Bingkor aliran bahasa melayu akan memasuki sekolah ini di peringkat kelas peralihan atau dikenali sebagai 'Kelas Bridge One'.Kelas peralihan ini bertujuan memantapkan penguasaan pelajar-pelajar terhadap Bahasa Inggeris.Sistem ini berkuatkuasa selama 8 tahun.Tidak hairanlah ramai pelajar yang berumur 17 tahun ke atas tetapi masih berada di kelas 'Form one'.Pada tahun 1974,sistem ini diubahsuai iaitu pelajar-pelajar yang lulus dalam peperiksaan 'Kelas Bridge one' akan terus memasuki 'Kelas Form One' tanpa memasuki 'Kelas Bridge Two'.Perubahan Dasar Pendidikan Negara juga telah mengubah sistem persekolahan di SMK Bingkor.Pada tahun 1975,semua sekolah menengah mula menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya sebagai bahasa penghantar termasuk di SMK Bingkor. 

         Seramai 12 orang pengetua telah bertugas di sekolah ini.antaranya ialah En. Musa Hj. Abd Rahman (1967-1969),En. Joseph Tangit (1969-1971),En. Alfred A. Linggi (sekarang Hj Mohd Farid Linggi) (1971-1973),En. Ali Hassan Abd Lattif (1974-1977),En. Ag Besar Hj Abu Bakar (1978-1979),Mr. P.M John (1980-1981),En. Mohd. Ukang Lisong (1982-1984),En. Hamzah Sangkit (pemangku 1984-1985),En. Ribus Tingadon (Pemangku 1985-1987),En. Mas Duki Shahri (1987-1995),En. Mokhtar Sulong (1996-1999),En. Sahumin Hj. Daud (2000 -2011). En. Johari @ Jabet Sabin (2012-Sekarang)

        Pada masa kini sekolah ini masih berkembang.jumlah pelajarnya sudah mencapai angka 1301 orang. Makmal komputer untuk pelajar mempelajari kemahiran Teknologi Komunikasi dan Maklumat telah beroperasi sejak tahun 2003.Pada tahun 2003 juga Kelas tingkatan 6 telah dibuka di SMK Bingkor.Pada tahun 2005 satu lagi mata pelajaran kemahiran ditawarkan iaitu Kemahiran Kimpalan Arka dan Gas (KAG) kepada pelajar-pelajar tingkatan 4. kini,pembinaan bangunan tambahan yang telah diluluskan pembinaannya sejak tahun 2003 lagi telah siap sepenuhnya dan dirasmikan pada tahun 2009 untuk kegunaan tingkatan 6 atau lebih dikenali sebagai Pra Universiti SMK Bingkor.
Sumber (En. Alexius Tingadon )

No comments: